Monday, June 30, 2014

Resepi Kek Batik Coklat



RESEPI KEK BATIK COKLAT




PENGENALAN

Kek kini menjadi seakan kemestian bagi setiap majlis keraian seperti majlis harijadi, perkahwinan, perpisahan, parti dan sebagainya.  Pada zaman dahulu kek lebih kurang sama dengan roti. Ia menggunakan yis seperti roti dan dimaniskan dengan madu dan ada juga ditambah kacang dan buah-buahan kering. Orang-orang Mesir purba adalah yang pertama menunjukkan kemahiran baking yang maju dalam sejarah kek.

Pembuat roti Eropah zaman pertengahan membuat kek buah dan roti halia yang boleh bertahan selama beberapa bulan. Sekitar zaman pertengahan abad ke-17, Eropah telah mencapai kemajuan besar dalam sejarah seni membuat kek. Mereka adalah pelopor kepada kek moden yang bulat dan mempunyai aising. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi seperti ketuhar, acuan makanan dan gula halus. Kek sememangnya memainkan peranan penting dalam perkahwinan. Menurut sejarah kek, zaman dahulu kek tidak dipotong semasa majlis perkahwinan tetapi mereka sama ada memecahkan sebuku besar roti besar di atas kepala pengantin perempuan atau hanya membuang keping roti ke atas beliau.

Dalam banyak-banyak kek, resepi kek batik coklat adalah yang paling senang untuk dibuat di dunia.Kerana kek batik tidak perlu dibakar dan tidak menggunakan tepung. Kek batik sudah menjadi fenomena dalam kalangan anak muda masa kini. Hal ini demikian kerana, penyediaannya agak mudah, dan tidak memerlukan kos yang banyak dalam penyediaan bahan. Di tambah dengan rasa yang lazat, tidak hairanlah ianya menjadi sebutan ramai.Bahan-bahan yang digunakan juga senang untuk dicari.Kek batik ini juga digemari ramai terutamanya kanak-kanak.

 

RESEPI KEK BATIK COKLAT


Bahan-bahan

·         1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipthkn 2 atau 3

·         1/2 tin besar susu pekat

·         180 gm butter

·         100 gm coklat bar masakan ( bole pilih untuk letak atau tidak)/ serbuk koko

·         1/2 cawan milo

·         1/3 cawan air panas  ( bole guna susu segar jika mahu)

·         2 biji telur (jika mahu)

·         Satu sudu esen vanila (untuk mejadikan bau lebih wangi)


CARA-CARA


1.      Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)

2.      Patah-Patahkan Biskut Marie.

3.      Campurkan Telur + Susu Pekat + Milo  + serbuk koko/coklat bar di dalam satu bekas & pukul + gaulkan sehingga sebati

4.      Masukkan sedikit esen Vanilla utk manambah keharumaN

5.      Masukkan Butter di dalam kuali di atas api yg kecil/sederhana

6.      Dalam masa yg sama, masukkan adunan milo  tadi & masak bersama-sama dgn Butter

7.      Kacau laju-laju agar campuran tak berketul-ketul

8.      Bila  rasa campuran dah ok, masukkan pula Biskut Marie yg telah dipecahkan 4

9.      Gaulkan agar Biskut Marie dimandikan dgn sempurna

10.  Padamkan api

11.  Masukkan adunan yg  dimasak tadi sedikit demi sedikit di dalam loyang yg telah dilapik dgn plastik

12.  Tekan-tekan adunan kuat-kuat utk memampatkan segala ruang yg ada

13.  Bila dah rasa puas hati, masukkan adunan tersebut ke dalam peti sejuk selama minimum 4 jam.

14.  Selepas 4 jam,bolehlah dipotong dan dihidang mengikut citarasa.

 

NOTE :

-Jika mahu nampak lebih tersusun,biskut marie bole  disusun terus ke dalam loyang tanpa perlu dipatah-patahkan ke dalam kuali.

-Boleh ditambah kelapa parut atau kacang sebagai topping di atas kek batk.

-Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak potong dan keluarkan dari loyang.

-Sebelum matikan api, pastikan tekstur adunan bukan sahaja pekat tapi KASAR berbintil2 seolah menggerutu. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu. sesudah itu br boleh matikan api dan angkat.

-Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah..( bagi yang guna kaedah menyusun terus di dalam loyang)

-Selepas siap melapis ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya licin.. Jangan tekak kuat sangat, nnti lapisan biskut akan pecah dan lari dari kedudukan asal.

-Seelok2nyer sejukkan dalam peti ais semalaman. (minimun 4 jam seperti resipi di atas)

-Potong menggunakan pisau yang tajam dan di basahkan terlebih dahulu dan lap.. untuk potongan kedua lapkan dulu pisau dengan kain@tisu basah dan ulangi proses memotong seperti tadi.

 

Selera setiap pembuat adalah tak semua sama.Ada yang suke kek batik ni yang biskut merie nya rangup dan coklatnya cair dan melekit2, ada pulak yang suke biskutnya lembut dan blend dengan coklatnya, dan ada jugak yang suke coklatnya ditambah tepung agar lebih mesra ke arah kek.